Donut Red Velvet
Donut Red Velvet
Bahan-bahan yang
diperlukan:
Step 1:
1 cawan air suam
1 sachet yis (Saff Brand)
3 sudu besar gula
Rehatkan selama 20 minit / sampai buih jd banyak dan yis kembang
1 packet tepung gandum
1 cawan tepung kentang
3 sudu besar majerin
1 sudu besar serbuk koko
(untuk dapatkan warna maroon yang cantik )
Step 2 , cara buat
buttermilk :
1 cawan susu full cream
1 sudu besar pewarna merah serbuk ( jgn guna cecair banyak nnt pahit)
1 sudu besar cuka
Rehatkan selama10 minit
Step 3:
Satukan semua bahan di
STEP 1,gaul semua sampai menjadi seperti serbuk roti.
Jangan lupa tambah serbuk koko untuk dapat kan
colour maroon red velvet yang cantik.
Sedia untuk masukkan
bahan di STEP 2 (buttermilk). Uli semuanya sehingga sebati.
Tambah 2 cawan air sejuk
dari peti ais atau penapis air
Uli doh sambil tabur
tepung supaya sedikit demi sedikit supaya doh elok tak melekat.
Rehatkan doh sehingga
kembang selama 15-20 minit.
*Note: Jika doh agak keras boleh tambahkan air. Mungkin saiz cawan yg berbeza
dalam resepi ini buat ia agak keras. Jangan terlebih air. Takut doh jadi
terlalu lembik. Just agak-agak.
Setelah doh mengembang
sehingga 3x ganda. Pastikan doh betul betul kembang elok. Tekan doh tumbuk
manja untuk keluarkan angin.
Bentuk, dan tabur tepung
untuk memudahkan proses membentuk donut. Sama ada menggunakan acuan atau uli
menggunakan tangan secara manual. Terpulak kepada keselesaan anda.
Rehatkan doh sehingga
mengembang lagi. Setelah doh telah kembang, boleh tekan doh sikit. If dia naik
kembali ke bentuk asal, tandanya doh telah sedia untuk digoreng. Tidak perlu
terlalu kembang kerana semasa menggoreng, donut selalunya akan bertambah kembang
lagi.
Panaskan kuali beserta
minyak yg banyak untuk menggoreng menggunakan api sederhana untuk mengelakkan
donut mentah atau hangit. Masukkan donut biarkan sebahagian mask dahulu dan
boleh proceed terbalikkan bahagian yg belum masak sehingga garing keemasan.
Final touch, gaulkan
bersama gula icing atau susu. Ikut kesukaan anda.
Selamat mencuba!

Comments
Post a Comment