Mee Goreng

 Hi Assalamualaikum everyone! 


Another simple recipe yet sooo tasty. Here we go..








Bahan-bahannya:

1 - 2 biji Bawang Merah 
3 - 4 ulas bawang putih
Cili Kisar 
Sos Tiram
Sos Lada Hitam
Kicap Manis
Air
Telur
Ayam (dipotong kecil)
Fish cake / Fish ball (dipotong)
Sayur (anything that you love) 

Cara-caranya:

1) Tumbuk bawang merah & bawang putih sehingga hancur

2) Sediakan kuali untuk memasak. Letak sedikit minyak masak dalam 5 sudu besar. 

3) Tumis bahan yang telah ditumbuk ke dalam minyak panas. Tumis sehingga naik bau atau keperangan. 

4) Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, fish cake & fish ball. If ada seafood boleh juga masukkan sekali. 

5) Masukkan kicap manis sedikit demi sedikit sehingga mendapat warna yg diingini. Masukkan sos lada hitam 3 sudu & sos tiram 2 sudu. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih & sehingga ayam masak. 

6) Pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan sehingga telur masak. 

7) Setelah telur masak, masukkan mee & kacau rata. 

8) Akhir sekali, masukkan sayur yang anda suka. Kacau sehingga mee itu masak. Ex: Kobis / Sawi / Tauge / Cili Padi yg telah diketuk

9) Akhir sekali, taburkan dengan bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang & cili merah yg telah dipotong. 

10) Mee goreng siap & sedia untuk dihidangkan. 

*Note: Tidak menggunakan garam kerana kebiasaan kicap manis actually agak masin. Boleh try rasa jika masakan agak tawar boleh perasakan dengan garam / serbuk perasa. 

Enjoyyyy 🎉


Comments

Popular posts from this blog

2024 Vision Board

Hangout

Date with lil sis after so long